MATLAMAT PROGRAM REALITI

Tahun 2003 mencetuskan evolusi dalam dunia penyiaran Malaysia apabila program-program realiti TV mula mengambil tempat di kalangan khalayak. Pertandingan nyanyian berkonsep lama menerima perubahan paling ketara apabila keputusan bukan terletak di tangan juri sepenuhnya. Sebaliknya, kuasa penonton mengatasi segala-galanya dengan undian melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS). Program realiti begini semakin bercambah. Muncul beberapa program seperti Audition yang disiarkan di saluran ntv7, Malaysian Idol (8TV), Mentor (TV3) dan terbaru, One In A Million (8TV). Semuanya mempunyai matlamat yang sama  mencari pesona bintang dalam dunia nyanyian dan lakonan.Tidak kurang juga ada program realiti dengan sedikit kelainan seperti Malaysia Most Beautiful (8TV) untuk mencari wanita tercantik di Malaysia. Selain itu,Program Mencari Cinta (TV3) dan gadis melayu(TV9) .Agak unik dan berbeza, muncul MyTeam (TV3) yang tujuannya mencari bakat-bakat baru dalam dunia bola sepak. Disebabkan program realiti mudah diterima, beberapa rancangan televisyen turut mengambil langkah serupa. Antaranya, program berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan seperti Bersamamu (TV3), Ku Pohon (Astro) dan Finding Angle (ntv7). Dalam kekalutan dan di tengah-tengah kebanjiran program realiti berunsur hiburan, Akademi al-Quran (AQ) yang diterbitkan TV9 dilihat sebagai satu langkah proaktif untuk mencari qari dan qariah terbaik dari seluruh negara. Selain itu,rancangan realiti Imam Muda di astro oasis juga punyai puluhan ribu peminat yang membuktikan masyarakat Malaysia masih lembut hatinya kerana rancangan Imam Muda dapat mendidik minda masyarakat dalam membawa imej islam.Impak yang diterima umum juga bukan sedikit. Ibu-ibu di rumah yang dahulunya meminati program realiti hiburan sudah beralih arah dan mula berfikir tentang kriteria menantu pilihan.Imam Muda adalah satu tanda aras yang jika boleh dicapai, mampu menyejukkan perut ibu yang mengandung.  Perwatakan mereka telah menjadi contoh budi pekerti dan iman seorang lelaki.Lebih daripada itu, pengaruh program serta perjalanan imam muda ini juga telah memikat hati masyarakat antarabangsa.Sebuah laman blog di Indonesia mempersoalkan bilakah agaknya stesen televisyen di negara itu mampu mengilhamkam program berunsur Islam seperti Imam Muda. Media Jerman dan Switzerland turut memberikan laporan secara meluas di negara bukan Islam itu.Bagi mereka, pada saat kebanyakan negara Barat dilambakkan dengan program realiti mencari bintang hiburan, Malaysia pula memilih untuk menonjolkan kredibiliti seorang imam. Kerajaan memandang serius gejala penyerapan unsur budaya asing menerusi rancangan hiburan realiti stesyen televisyen yang adegan-adegannya melencong daripada kebiasaan dan adat resam budaya orang timur. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta stesen televisyen di negara ini agar tidak terlalu ghairah menceduk konsep rancangan hiburan realiti yang bertentangan dengan budaya masyarakat timur dan boleh meruntuhkan akhlak rakyat.ketamadunan Melayu sebenarnya amat penting di dalam proses penciptaan hasil karya yang tulen.katanya. Sejauh mana kita mampu menolak program-program hiburan ini bergantung kepada jati diri dan kekuatan dalaman. Kita bukan menolak hiburan secara total tetapi apabila diari hidup dipenuhi dengan unsur-unsur keseronokan dan mengkhayalkan, sudah tentu ia akan memusnahkan masa depan.

SHARE THIS ON:

    Digg Del.icio.us StumbleUpon Reddit RSS Facebook

0 comments:

Catat Ulasan

video shahir

video idola kecil