PROGRAM REALITI-GADIS MELAYU

Menjunjung tinggi adat dan nilai kemelayuan, 10 jelitawan dengan satu harapan, nekad mencari jati diri bergelar gadis Melayu sejati. Yakin dengan keperibadian Melayu anugerah Ilahi yang sedia terpelihara sejak azali, mereka mempertaruhkan paras rupawan, kebijaksanaan, asas agama serta seni dan budaya bagi merebut gelaran gadis Melayu terunggul. Bukan sahaja memberi pendedahan kepada para peserta, rancangan realiti taruhan terbaru TV9, Gadis Melayu itu juga bakal dilihat sebagai sebuah program unggul dalam mempelopori kecantikan ‘dunia’ gadis Melayu yang mewah disaluti nilai dan adat kesopanan yang tinggi,mereka bakal diuji dengan sifat kesabaran, membentuk keyakinan diri, penampilan dalaman dan luaran, cara berkomunikasi, membina asas agama dan asas rumah tangga serta seni dan budaya.
Hanya 10 calon sahaja yang dipilih . Rancangan realiti ini akan menemui penonton TV9 pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam bermula pada 16 Oktober, 2008. Rancangan terbaru ini berusaha untuk mengetengahkan ikon gadis melayu idaman dalam membentuk jatidiri mereka serta mewarisi budaya dan tradisi kemelayuan. Pelbagai cabaran berbeza pada setiap minggu yang akan dihadapi oleh setiap peserta seperti kecantikan, cara berkomunikasi, penampilan diri, asas sains rumahtangga, keperibadian, kebijaksanaan, serta seni dan budaya.  mereka  turut diuji dari segi kebijaksanaan, kreativiti, serta mempunyai pengetahuan am.  Setiap elemen yang dinilai ini amat penting untuk memastikan bakal pemenang benar-benar layak menjadi ikon kepada Gadis Melayu serta menjadi inspirasi kepada mereka untuk mewarisi budaya dan tradisi orang Melayu. Mereka juga akan diuji dengan pelbagai aksi lasak sesuai dengan ciri-ciri gadis Melayu zaman sekarang walaupun berpegang kuat pada adat ketimuran, mereka juga tegas, berkeyakinan dan serba boleh. Pencarian Gadis Melayu ini bertujuan untuk mencari Gadis Melayu ideal yang masih mengamalkan adat melayu serta berpegang teguh kepadanya, walaupun berpewatakan moden serta berkerjaya tinggi. Calon-calon yang telah terpilih telah dinilai berdasarkan kecantikan, kemahiran, personaliti, dan keagamaan.
Setiap peserta akan dinilai oleh tiga juri tetap. Dari segi pemarkahan untuk setiap tugasan yang diberikan, 50 peratus datangnya daripada undian penonton dan 50 peratus lagi akan dinilai oleh juri jemputan yang berbeza dalam setiap episod.

SHARE THIS ON:

    Digg Del.icio.us StumbleUpon Reddit RSS Facebook

0 comments:

Catat Ulasan

video shahir

video idola kecil