SEJARAH PROGRAM REALITI...

1940-1950-an

Rancangan Allen Funt's Candid Camera, yang bermula pada tahun 1948 di ABC dikatakan sebagai "bapa kepada semua jenis program realiti". Candid Camera juga juga memiliki program radio yang dipanggil Candid Microphone, di mana Allen Funt merakamkan dan menyiarkan rungutan tidak puas hati para petugas di Armed Forces.


Rancangan televisyen realiti ialah satu genre rancangan televisyen yang mempersembahkan situasi dramatik atau humor yang dikatakan tidak berskirp, merakamkan peristiwa sebenar, dan menampilkan orang biasa dan bukannya pelakon profesional. Meskipun genre ini telah lama wujud dalam pelbagai bentuk sejak tahun-tahun awal televisyen, istilah "televisyen realiti" paling kerap digunakan untuk merujuk kepada rancangan-rancangan yang disiarkan sejak tahun 2000. Dokumentari dan rancangan bukan fiksyen seperti berita dan rancangan sukan biasanya tidak dikelaskan sebagai rancangan realiti.
Rancangan televisyen realiti meliputi pelbagai bentuk rancangan, sama ada rancangan yang menyerupai rancangan yang kegilaan dan merendahkan maruah yang sering diterbitkan di Jepun pada 1980-an dan 1990-an (contohnya, Gaki no tsukai), mahupun hasil yang bertumpukan pengawasan atau pengintaian seperti Big Brother
Istilah "televisyen realiti" pernah dikritik sebagai istilah yang kurang sesuai bagi rancangan-rancangan yang dimaksudkannya. Rancangan sedemikian sering menggambarkan bentuk realiti yang diubah suai dan banyak dipengaruh anasir luaran, yang mana para peserta diletakkan di lokasi yang eksotik atau situasi laur biasa, dan kadang-kala dilatih untuk berlakon dalam cara-cara tertentu oleh pengendali luar skrin, dan peristiwa-peristiwa dalam skrin dimanipulasi melalui suntingan dan teknik pascapenerbitan yang lain.

Senarai rancangan televisyen realiti buatan Malaysia
  • Akademi al-Quran
  • Akademi Fantasia
  • Dua Dunia
  • Gangstarz
  • Malaysian Idol
  • Malaysia's Most Beautiful
  • Mentor
  • MyTeam
  • One in a Million  
  • Soccastar Malaysia
  • Jangan Lupa Lirik!
SEJARAH AKADEMIK FANTASIA


Program realiti Akademi Fantasia (AF) bermula pada 2003.AF yang diadaptasi daripada sebuah program televisyen dari Mexico iaitu La Academia .
Kaedah pengundian menerusi SMS seperti dilakukan oleh Astro boleh dikatakan sebagai yang pertama seumpamanya dalam dunia komunikasi dan multimedia Malaysia.


SEJARAH ONE IN MILION


One in a Million (singkatan: OIAM)  diperkenalkan pada tahun 2006 sebagai ganti untuk Malaysian Idol,
merupakan program realiti berbentuk pertandingan menyanyi di 8TV yang menawarkan RM 1,000,000 kepada juaranya untuk tujuan pembangunan kerjaya si juara sebagai artis.Sunil Kumar dan Michael Christian Simon sebagai pengarah program ini.

SHARE THIS ON:

    Digg Del.icio.us StumbleUpon Reddit RSS Facebook

0 comments:

Catat Ulasan

video shahir

video idola kecil