SHARE THIS ON:

    Digg Del.icio.us StumbleUpon Reddit RSS Facebook

SEJARAH PROGRAM REALITI...

1940-1950-an

Rancangan Allen Funt's Candid Camera, yang bermula pada tahun 1948 di ABC dikatakan sebagai "bapa kepada semua jenis program realiti". Candid Camera juga juga memiliki program radio yang dipanggil Candid Microphone, di mana Allen Funt merakamkan dan menyiarkan rungutan tidak puas hati para petugas di Armed Forces.


SHARE THIS ON:

    Digg Del.icio.us StumbleUpon Reddit RSS Facebook

PANDANGAN ORANG RAMAI....

Apa itu realiti program???

Masyarakat hari ini begitu teruja dengan kelahiran begitu banyak program realiti yang berkembang ibarat "cendawan tumbuh selepas hujan". Tapi, adakah mereka mengerti apa makna realiti program itu sendiri.. Untuk mengetahuinya, saya telah bertanyakan pendapat orang ramai..

Ain: Rancangan hiburan untuk seisi keluarga yang menarik untuk semua..

Taufik: Entah la.. macam akademik fantasia kan??? tidak tahu la..

Lina Husna: apa yang saya tahu, ia merupakan program yang melibatkan masyarakat yang berminat menceburi bidang hiburan melalui sumber-sumber yang membimbing mereka untuk mencapai matlamat mereka untuk menjadi seorang artis.

Hafiz: tak tahu la.. tak minat nak ambil tahu benda-benda macam ini..



Bagus ke program realiti ini???

Hazwan: Ada yang bagus ada yang tidak.. tapi bagi saya, tidak banyak yang memberi faedah kepada orang ramai..

Aidil Sufian: Boleh la.. kadang-kadang layan juga.. mengisi masa lapang sambil hilangkan tension belajar..

Farhana: Sangat menarik dan bagus sebab di sini, kita boleh menguji kelebihan yang ada dalam diri kita.. Saya sendiri pernah mengambil bahagian tetapi ia tidak memihak kepada saya tapi  ia menjadikan saya lebih bersemangat untuk lebih yakin pada kemampuan saya..

Puan Suriana: Menarik jugak rancangan ni.. saya kadang-kadang ikuti juga setiap perjalanan program ni sebab program ni sungguh menarik dan saya minat untuk melihat calon yang saya minati berjaya mencapai apa yang diinginkan..

Danial: Pada saya, program macam ini tidak bagus dan tidak sesuai terutamanya program yang berbentuk hiburan. Ini kerana pengisian program tersebut tidak memberi faedah kepada golongan remaja yang menonton dan memberi kesan yang sangat negatif sebagai ikutan.. Tetapi, tidak dinafikan, terdapat juga program yang bersifat positif dan boleh dipraktikkan oleh semua golongan yang menonton seperti Akademi Al- Quran, Imam Muda dan Gadis Melayu..

SHARE THIS ON:

    Digg Del.icio.us StumbleUpon Reddit RSS Facebook

PROGRAM REALITI-AKADEMI FANTASIA

lebih dikenali sebagai AF ialah sebuah rancangan realiti televisyen yang pertama di Malaysia yang mana peserta yang dipanggil pelajar akan bersaing untuk mendapatkan gelaran juara dan berpeluang memulakan karier dalam industri hiburan. Musim pertama mula disiarkan pada Jun 2003 dan menjadi salah satu daripada rancangan yang paling tinggi ditonton di Astro Ria. Lagu tema bertajuk "Menuju Puncak" dicipta oleh Juwita Suwito. Format rancangan ini diolah daripada "La Academia", yang pada asalnya di Mexico. Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki versi sendiri rancangan ini. Ia kemudian diikuti oleh Indonesia dan Thailand, yang mana ia mendapat respon positif berbanding dengan siri Idol. Terdapat 10 konsert setiap musim termasuk minggu akhir dan bermula dengan 12-16 peserta yang dipanggil pelajar.  Setelah pelajar-pelajar siap dipilih, mereka akan mendiami di sebuah rumah yang dipanggil Akademi. Para pelajar akan menghabiskan sepenuh masa mereka dengan berlatih menyanyikan lagu tugasan, berlakon, dan menari, dan juga aktiviti lain yang berkaitan dengan seni persembahan selama 10 minggu di dalam Akademi. Kelas-kelas tersebut akan dikendalikan oleh tenaga pengajar yang bertauliah yang mana mereka sememangnya telah diiktiraf menerusi kareer mereka dalam industri hiburan. Diari Akademi Fantasia bersiaran pada setiap hari yang memaparkan aktiviti pelajar di akademi. Akademi ini akan diketuai oleh seorang pengetua, yang bersilih-ganti setiap tahun.
Sistem penjurian ditentukan oleh penonton melalui undian SMS dan undian dekoder Astro. Pelajar yang menerima undian terendah akan disingkirkan. Kata tag: Satu harapan, satu tujuan, satu destinasi. Mengubah impian menjadi realiti.

SHARE THIS ON:

    Digg Del.icio.us StumbleUpon Reddit RSS Facebook

PROGRAM REALITI-IDOLA KECIL

adalah sebuah pertandingan nyanyian kanak-kanak yang berusia 8 hingga 12 tahun. Nama pertandingan diambil sempena nama pertandingan realiti di Indonesia iaitu Idola Cilik. Pertandingan ini bertujuan untuk mengasah bakat-bakat muda dalam bidang tarik suara. TV9 merupakan siaran yang akan menyiarkan konsert bersiri setiap minggu. Juara bagi rancangan ini akan digelar sebagai idola kecil. Program ini mengggunakan  sistem permarkahan juri dan tidak menggunakan juri tetap kerana idola kecil menggunakan tema persembahan yang berbeza setiap minggu, dan ini bergantung kepada juri jemputan. Uji Bakat dan pemilihan finalis yang dianjurkan oleh penganjur di seluruh semenanjung Malaysia. Hanya  30 sahaja yang akan dipilih dan mereka akan ditapis semula untuk pemilihan finalis yang terakhir. Setelah para finalis dipilih, mereka akan dikuarantinkan di sebuah kediaman khas untuk menjalani sesi pembelajaran. Mereka akan diajar oleh beberapa tenaga pengajar yang profesional mengenai latihan vokal dan koreografi.



SHARE THIS ON:

    Digg Del.icio.us StumbleUpon Reddit RSS Facebook

PROGRAM REALITI-GADIS MELAYU

Menjunjung tinggi adat dan nilai kemelayuan, 10 jelitawan dengan satu harapan, nekad mencari jati diri bergelar gadis Melayu sejati. Yakin dengan keperibadian Melayu anugerah Ilahi yang sedia terpelihara sejak azali, mereka mempertaruhkan paras rupawan, kebijaksanaan, asas agama serta seni dan budaya bagi merebut gelaran gadis Melayu terunggul. Bukan sahaja memberi pendedahan kepada para peserta, rancangan realiti taruhan terbaru TV9, Gadis Melayu itu juga bakal dilihat sebagai sebuah program unggul dalam mempelopori kecantikan ‘dunia’ gadis Melayu yang mewah disaluti nilai dan adat kesopanan yang tinggi,mereka bakal diuji dengan sifat kesabaran, membentuk keyakinan diri, penampilan dalaman dan luaran, cara berkomunikasi, membina asas agama dan asas rumah tangga serta seni dan budaya.
Hanya 10 calon sahaja yang dipilih . Rancangan realiti ini akan menemui penonton TV9 pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam bermula pada 16 Oktober, 2008. Rancangan terbaru ini berusaha untuk mengetengahkan ikon gadis melayu idaman dalam membentuk jatidiri mereka serta mewarisi budaya dan tradisi kemelayuan. Pelbagai cabaran berbeza pada setiap minggu yang akan dihadapi oleh setiap peserta seperti kecantikan, cara berkomunikasi, penampilan diri, asas sains rumahtangga, keperibadian, kebijaksanaan, serta seni dan budaya.  mereka  turut diuji dari segi kebijaksanaan, kreativiti, serta mempunyai pengetahuan am.  Setiap elemen yang dinilai ini amat penting untuk memastikan bakal pemenang benar-benar layak menjadi ikon kepada Gadis Melayu serta menjadi inspirasi kepada mereka untuk mewarisi budaya dan tradisi orang Melayu. Mereka juga akan diuji dengan pelbagai aksi lasak sesuai dengan ciri-ciri gadis Melayu zaman sekarang walaupun berpegang kuat pada adat ketimuran, mereka juga tegas, berkeyakinan dan serba boleh. Pencarian Gadis Melayu ini bertujuan untuk mencari Gadis Melayu ideal yang masih mengamalkan adat melayu serta berpegang teguh kepadanya, walaupun berpewatakan moden serta berkerjaya tinggi. Calon-calon yang telah terpilih telah dinilai berdasarkan kecantikan, kemahiran, personaliti, dan keagamaan.
Setiap peserta akan dinilai oleh tiga juri tetap. Dari segi pemarkahan untuk setiap tugasan yang diberikan, 50 peratus datangnya daripada undian penonton dan 50 peratus lagi akan dinilai oleh juri jemputan yang berbeza dalam setiap episod.

SHARE THIS ON:

    Digg Del.icio.us StumbleUpon Reddit RSS Facebook

PROGRAM REALITI-IMAM MUDA

Ia sebuah program siri pencarian tentang sekumpulan remaja lelaki Islam yang dihasilkan oleh Astro dengan  kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia. Idea program Imam Muda ini tercetus apabila melihat anak muda zaman ini mempunyai potensi untuk memikul tanggungjawab bukan saja sebagai seorang imam yang serba boleh tetapi juga pemimpin yang berwibawa. Astro Oasis mengambil inisiatif mewujudkan program kerohanian Imam Muda dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Program ini memberi landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab sebenar seorang imam. Calon-calon Imam Muda ini akan menjalani jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat. Kesemua individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan praktikal dan bertulis berdasarkan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan. Mereka akan dikumpulkan  di sebuah asrama selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh Agama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman.

SHARE THIS ON:

    Digg Del.icio.us StumbleUpon Reddit RSS Facebook

MATLAMAT PROGRAM REALITI

Tahun 2003 mencetuskan evolusi dalam dunia penyiaran Malaysia apabila program-program realiti TV mula mengambil tempat di kalangan khalayak. Pertandingan nyanyian berkonsep lama menerima perubahan paling ketara apabila keputusan bukan terletak di tangan juri sepenuhnya. Sebaliknya, kuasa penonton mengatasi segala-galanya dengan undian melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS). Program realiti begini semakin bercambah. Muncul beberapa program seperti Audition yang disiarkan di saluran ntv7, Malaysian Idol (8TV), Mentor (TV3) dan terbaru, One In A Million (8TV). Semuanya mempunyai matlamat yang sama  mencari pesona bintang dalam dunia nyanyian dan lakonan.Tidak kurang juga ada program realiti dengan sedikit kelainan seperti Malaysia Most Beautiful (8TV) untuk mencari wanita tercantik di Malaysia. Selain itu,Program Mencari Cinta (TV3) dan gadis melayu(TV9) .Agak unik dan berbeza, muncul MyTeam (TV3) yang tujuannya mencari bakat-bakat baru dalam dunia bola sepak. Disebabkan program realiti mudah diterima, beberapa rancangan televisyen turut mengambil langkah serupa. Antaranya, program berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan seperti Bersamamu (TV3), Ku Pohon (Astro) dan Finding Angle (ntv7). Dalam kekalutan dan di tengah-tengah kebanjiran program realiti berunsur hiburan, Akademi al-Quran (AQ) yang diterbitkan TV9 dilihat sebagai satu langkah proaktif untuk mencari qari dan qariah terbaik dari seluruh negara. Selain itu,rancangan realiti Imam Muda di astro oasis juga punyai puluhan ribu peminat yang membuktikan masyarakat Malaysia masih lembut hatinya kerana rancangan Imam Muda dapat mendidik minda masyarakat dalam membawa imej islam.Impak yang diterima umum juga bukan sedikit. Ibu-ibu di rumah yang dahulunya meminati program realiti hiburan sudah beralih arah dan mula berfikir tentang kriteria menantu pilihan.Imam Muda adalah satu tanda aras yang jika boleh dicapai, mampu menyejukkan perut ibu yang mengandung.  Perwatakan mereka telah menjadi contoh budi pekerti dan iman seorang lelaki.Lebih daripada itu, pengaruh program serta perjalanan imam muda ini juga telah memikat hati masyarakat antarabangsa.Sebuah laman blog di Indonesia mempersoalkan bilakah agaknya stesen televisyen di negara itu mampu mengilhamkam program berunsur Islam seperti Imam Muda. Media Jerman dan Switzerland turut memberikan laporan secara meluas di negara bukan Islam itu.Bagi mereka, pada saat kebanyakan negara Barat dilambakkan dengan program realiti mencari bintang hiburan, Malaysia pula memilih untuk menonjolkan kredibiliti seorang imam. Kerajaan memandang serius gejala penyerapan unsur budaya asing menerusi rancangan hiburan realiti stesyen televisyen yang adegan-adegannya melencong daripada kebiasaan dan adat resam budaya orang timur. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta stesen televisyen di negara ini agar tidak terlalu ghairah menceduk konsep rancangan hiburan realiti yang bertentangan dengan budaya masyarakat timur dan boleh meruntuhkan akhlak rakyat.ketamadunan Melayu sebenarnya amat penting di dalam proses penciptaan hasil karya yang tulen.katanya. Sejauh mana kita mampu menolak program-program hiburan ini bergantung kepada jati diri dan kekuatan dalaman. Kita bukan menolak hiburan secara total tetapi apabila diari hidup dipenuhi dengan unsur-unsur keseronokan dan mengkhayalkan, sudah tentu ia akan memusnahkan masa depan.

SHARE THIS ON:

    Digg Del.icio.us StumbleUpon Reddit RSS Facebook

video shahir

video idola kecil